Dec 31, 2013

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum.
Tak banyak yang boleh aku kongsikan sepanjang tahun 2013 ni melainkan badan yang makin bertambah chubby chubby dan chubby lagi. Pada yang baru kenal mungkin kata tak gemok. Mungkin patut di-reveal gambar dulu dengan sekarang. Patut ke?

Okay dimulakan dengan sekolah menengah.

2007


2008



Zaman diploma.

2008



2009

2009

2010

2010



2011

Degree pulak.

2011

Betul laa kata orang, kalau putus cinta confirm kurus. Gila kecik lengan guaaa! Rindu gila kat lengan tuuuuuuu.. :'(

2012



2012

Pertengahan 2012 still kempis lagi perut aku. Aku merindui mu perut tanpa lemak. Serius! Double chin pun takde lagi.

2012



Dan bermulalah detik penggemukkan mendadak pada penghujung 2012 sampai lah 2013 (sekarang). Tak tahu lah apa puncanya.







Erkk! Tudia pipi selambak dah muncul. Semakin bulat.








Lengan aku semakin 'tough'. Damn!




Gambar latest. Disember 2013.



Makin sihat gini sebab bahagia laa kot. Haha.. Jawapan klishe. Mula-mula perasan comel laa kot bulat sana sini. Cam doremon. Lama-lama bila berat 50an nak cecah 60an baru laa nak gabra mentadak mentadu.
Disebabkan BMI aku dah over weight, aku akan letakkan 'NAK KURUS' dalam list AZAM 2014 aku. Hewhew! Mungkinkah terjadi? Tunggu 2014 nanti.


Selamat tahun baru. 
Welcome 2014! 


p/s: Gambar-gambar ke-debab-an aku untuk entri ni ekslusif gila kot sebabnya mana pernah aku expose kat facebook, twitter, etc. Aku nak upload pun pilih yang nampak slim (sebab efek kamera) je kot. :D








Aug 21, 2013

Lirik | Amalia Alias - Takut (OST drama Hujan) |

Lama dah tak menaip kat sini. Kali ni nak share lagu yang currently aku main ulang-lang kali kat winamp player tanpa jemu. Tak lain tak bukan lagu Takut nyanyian dan ciptaan Amalia Alias. Dia ni student kat Jepun, pastu selalu buad cover lagu Korea. Search je kat youtube. Jom layan lagu sedih ni.


Takut 

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini


First time aku dengar lagu ni kat slot Azalea TV3, drama Hujan. Lagu ni main masa intro. Takde muzik latar. Sayu. Serius meremang aku dengar. Dengan sinopsis cerita yang memang dah sedia sedih, tambah ngan lagu cenggini. Sob sobb.. :'( Pandai Sheila Rusli cari lagu latar yang sesuai. Anyway, pengarah drama ni Sheila Rusli. Memang tiptop lah cerita dia. Dah lah hero hensem *takde kena-mengena*. Lalalala.. Tak kira. Aku nak tunjuk jugak hero cinta pandang pertama aku. :P

Syarul Ridzwan, gua dah tangkap cintan sama lu! 

Sekian, terima kasih. 





May 27, 2013

Cara Aku : Kurus Untuk Sihat

Nak tak nak aku kena percaya yang BMI aku hampir cecah tahap OVER-WEIGHT. Dengggg! Selama ni aku langsung tak hiraukan berat aku sebab terlampau busy dengan study. Bila beban kerja semakin bertambah, kadar ke-stress-an pon naik mendadak. Jadi lebih banyak makanan yang aku sumbat ke dalam perut. Ohh kasihan perut ku. Nak bagi perut flat makan masa berbulan-bulan. Nak bagi berlipat ambik masa seminggu je! Dengggg lagii! Jadi, disebabkan mak aku asyik desak aku suruh turunkan sikit berat badan, aku pon akur. Aku nak recall balik cam mana aku boleh maintain 50-55kg je dahulu kala. At least bagi BMI aku di tahap selamat. 


See? masih tak selamat kan BMI aku sebab kalau BMI lebih dari 23 bermakna aku masih terdedah dengan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan darah tinggi. So,sila betulkan niat. Turunkan berat badan bukan untuk cantik, langsing dan seksi, tapi UNTUK SIHAT. Ya, untuk sihat ye kawan-kawan sekalian. Pedulikan orang kata buad apa nak jaga makan lagi, kau dah kurus. This is not about KURUS. Please take your heatlh as your priority. 

Jadi, sekarang aku nak share macam mana nak turunkan berat badan (cara aku). Kira ni bukan lah tips bertauliah based on expertise mana-mana, just based on my experiences. So, let's check this out! 

1. Azam itu penting. Penting sangat! Jangan hangat-hangat tinja ayam ya kawan-kawan sekalian. Lupakan niat nak turunkan berat badan kalau korang tak bersungguh-sungguh. Diulang sekali lagi, betulkan niat anda.


2. Minum air kosong. AIR KOSONG. Kalau boleh pantang terus minum air bergula lagi bagus. Tapi aku paham, susah nak elak. Tengok milo ais pon dah goyah. Okayyy okayyy. So korang tambah sikit objektif dalam niat nak slim tu. Korang boleh jimat duit dengan minum air kosong. Tak percaya cuba kira air bergula, rata-rata harga RM1.50++ x 2 (sehari makan 2 kali paling koman) x 7 hari/minggu = tak ke cecah 20 hengget?! Kalau minum air kosong dah laa boleh jimat, baik untuk perut dan badan pulak. Fikirkan!

3. Excercise. Ohh ini memang bukan seperti 'excercise' yang sedang berlegar-legar dalam kepala anda. Bagi student yang teramat sibuk seperti aku, memang tak punya masa untuk semua kejadah ni. Jadi, apa kata excercise cara lain. Ulang-alik berjalan dalam rumah. Sapu sampah, buang sampah, basuh kain, sidai kain, angkat kain, basuh pinggan, susun kasut, kalau kawan lupa nak tutup lampu dapur korang boleh tolong tutup. See? Sama macam berjalan kat luar. Dalam rumah pon boleh. Nak-nak pulak kalau daerah panas cam Arau ni. Lepas sapu sampah perghhhh! Macam baru balik dari gim. Kalau kawan korang pemalas tutup suis lampu/kipas lagi bagus. Korang tolong tutup dengan ikhlas, dapat pahala, dapat bakar lemak. Kan? :P

4. Makan kuantiti sikit. Sumpah aku tak percaya dengan cakap-cakap orang yang kalau nak kurus kena sekat makan. Betulkan teori tu. Mana boleh skip makan. Yang sebetulnya, makan lebih kerap tapi dalam KUANTITI SEDIKIT. Kurangkan. Cuba makan 1 senduk nasik sekali makan. Percaya laa, korang still akan kenyang. Yang ambik bersenduk-senduk tu nafsu sebab masa tu tengah lapar. Benda ni yang aku cuba praktikkan walaupon masa menyenduk nasik tu ibarat berperang ngan diri sendiri. Haehhh! 


5. Snack mengalas perut. Disebabkan tadi aku cakap makan lebih kerap, aku perlukan snack untuk kunyah-kunyahan. HAHA.. Apakah yang dimaksudkan? Lupakan twisties, mister potato, super ring atau makanan rapu yang lain. Kat umah aku ada almari simpan makanan ringan. Share-share dengan roommates. Boleh ganti makanan yang tak berkhasiat langsung tu dengan biskut atau roti. Pilihan aku semestinya Jacobs. Macam kawan aku cakap, makanan berkhasiat selalunya tak sedap. So, korang bagi laa makanan tu jadi sedap. Aku pilih biskut Jacobs yang paling tak tawar sekali. 


Ni yang paling aku boleh terima sebab tak tawar macam yang lain. Nak tahu macam mana aku bagi sedap? (ikut tekak aku laa) Pertama, aku cicah dengan air teh panas/milo/whatever jenis air yang bersesuaian. Kedua, aku sapukan dengan jem (Sedap! sebab housemates selalu mintak :P) Ketiga, aku patah-patahkan masuk dalam quaker oat (Paling kenyang). Korang boleh variasikan 1 jenis biskut jadi lebih sedap. At least korang boleh buang pemikiran 'makanan sihat tak sedap' tu jauh-jauh. Yes, ramai orang kata quaker oat tak sedap. Again, variasikan ia. Be creative! Untuk resepi quaker oat boleh klik, QUAKER OAT SEDAP LAHH!

6. Breakfast!! Sarapanlah anda seperti raja. Maksudnya di sini, sarapan adalah yang paling penting sebab ini permulaan hari kita. Kalau lagi beria-ia sarapan tu lagi bagus. Kau bedal laa nasik lemak RM1 3 bungkus pon tak jadi hal sebab lemak yang terkandung dalam nasik tu akan di-convert menjadi tenaga. Jadi, student yang selalu berjaga malam seperti aku sampai terbabas bangun lewat di pagi hari kadangkala tak sempat untuk breakfast. Pilih sarapan paling cepat, mudah, yang penting sedap. Aku pilih, yogurt drink. 


Tengah rushing nak pergi kelas tu boleh grab je dalam fridge, minum secawan. Dah kenyang. Senang kan? Nak tunggu sapu-sapu kaya ngan planta kat roti tu kan lambat. Haaa.. Based on experience katakan. Lagipon manusia macam aku ni tak percaya biskut sekeping dua tu mengenyangkan, lagi-lagi kelas dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari. Mau longlai aku dalam kelas. 


7. Buah-buahan. Snack tu boleh digantikan dengan buah-buahan. Pilihan aku sudah semestinya epal dan pisang. Sebab tu yang paling common. Sebab remaja selalunya kurang makan sayur. Apa kata ganti nutrisi sayur yang kurang tu, kita makan buah banyak-banyak. Buad salad buah, sedap sikit.

8. Berpuasa sunat. As you all know, salah satu hikmah berpuasa, baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Setahun kita sumbat macam-macam dalam perut kita. At least puasa bagi perut kita relaks dan stabil balik. So, perbanyakkan puasa sunat boleh bantu usaha untuk turunkan berat badan. Yang penting niat berpuasa kerana Allah! :)


9. Pantau. Kalau ada penimbang berat sendiri lagi bagus. Kalau aku, aku timbang berat kat klinik. Lebih accurate kot. Segan nak timbang guna penimbang yang masuk coin tu. Dah laa berbunyi. Maluuuu orang tengok. Pantau berat korang at least sebulan sekali atau dua kali. Jadi aku akan lebih bersemangat untuk teruskan misi lose weight aku kalau berat aku menurun. Kalau berat makin meningkat cuba muhasabah diri sendiri kalau ada salah silap yang kita buad sepanjang misi dijalankan.

Sekian saja entri untuk kali ni.
"Turunkan berat badan untuk sihat"


Selamat mencuba kawan-kawan! 

:)