Alhamdulillah adik aku dapat rezeki further study kat UiTM Negeri Sembilan. Wahhhhh! Sama macam akak lahh dik! Ehehe... So dapatlah aku peluang jadi tourist kat Negeri Sembilan sebab aku jarang pegi sana. Bukan jarang, rasanya tak penah kot. So sad kan -.-
Overall aku boleh buad konklusi yang kampus tu sangat lah baru, boleh bau cat lagu. Ahaha itu tipu. Kekurangan pokok-pokok besar dan rendang boleh mengakibatkan para pelajar kat sana akan kepanasan yang teramat ya kawan-kawan. Percayalah. Disebabkan tempat tu baru, so pokok-pokok nya pon memang baru tanam dan alahainya keciknyeeeee. Jadi, bersabarlah wahai adik-adikku. But the good thing is, the college seems very clean and just nice. Bersyukur laa dapat tempat tinggal cantik dan selesa macam tu. Kalau nak merungut hentak-hentak kaki tak puas hati nak bilik macam kat rumah sendiri memang nak kena shoot lah kan.
Walaupun UiTM ni tak berapa luas, tapi environment dia sangat sesuai untuk pembelajaran. Siyessss! Tak percaya? Try laa mohon untuk adik-adik yang berangan nak sambung belajar kat UiTM. Confirm anda anda dan anda takkan menyesal sebab sudah semestinya takkan pandang benda lain dah selain buku, handphone, facebook, twitter dan katil anda sahaja. Tiada lagi perkataan anasir-anasir negatif berunsur hiburan akan wujud dalam kamus hidup anda. Haha... Sekarang aku nak kongsikan apa yang aku nampak dan rasa kat korang :)
Lokasi pendaftaran merangkap kolej kediaman adik, Sri Menanti 5.
Wajah gembira terpaksa. Haha...
Cadar membawa semangat negeri Perak... kuning hitam putih.
Aku yang seronok shopping barang-barang untuk adik :)
Si Froggy tidak dilupakan sama sekali.
Ohhhemmjayyyyy adik dah masuk universiti!!! :D
Lepas rindu puas-puas cepatttt. We gonna miss you ;(
Jangan cengeng wahai adik. Semoga rajin belajar :)
Ni je yang sempat aku snap untuk entri kali ni. Selamat membaca!
No comments:
Post a Comment