May 22, 2014

Sekalung Penghargaan

Kalau dalam Final Year Project atau mana-mana assignment pon mesti ada column acknowledgement kan. So kali ni aku pun rasa gatai tangan nak tulis entri penghargaan buad individu-individu berikut atas kerjasama yang diberikan sepanjang aku menamatkan ijazah aku dengan jayanya. 

1. Mak & Ayah


Terima kasih mak.. ayah.. sebab sangat-sangat supportive dan tak bosan bagi nasihat time aku memerlukan. Walaupun jauh, ayah sangat rajin call aku, padahal aku selalu lupa nak call ayah (teruk betol aku..). Kadang-kadang rasa down sangat bila tak dapat nak achieve macam yang dorang nak. Tapi aku tahu dorang percayakan aku sebab tu selalu harap yang tinggi menggunung. Semua parents pun mesti harap yang terbaik untuk anak-anak. 

Plus, mak sanggup berkorban duit untuk aku dengan belikan sebijik kereta semata-mata sebab kesian aku jalan jauh nak siapkan FYP. Tahu-tahu loan approved, sebak gila weh! Tahu macam mana susah mak nak dapatkan kereta tu demi aku, sedih sebab terpaksa susahkan mak. Terima kasihhhh! I love you so muchhh!! 


2. Adik-beradik (Along, Angah, Liya & Wani)


Aku ngan adik-beradik ni payah sikit nak ada conversation heart to heart. Mengarut tu selalu lah. Buli-buli, kacau-kacau.. Tapi kalau bab masalah jarang nak share. Segan gamaknya. Tapi time aku duduk jauh selalu adik-adik contact. Aku yang 'cool' ni selalu cakap 'sebok je call..' Padahal dalam hati rindu nak peluk-peluk budak dua orang tu. Thanks jugak Along Angah sebab selalu nasihat dan jadi abang yang baik. Angah siap nak hantar kereta bagi aku pinjam untuk buad FYP. :'(

3. Housemates a.k.a classmates


Terima kasih sebab ajar aku erti hidup. Walaupun kita banyak gaduh, banyak masam muka, banyak tak puas hati, aku bersyukur kenal korang berempat. Masing-masing banyak tolong aku selama aku duduk Perlis. Maybe lepas ni kita tak macam dulu lagi, masing-masing pun dah ada kehidupan sendiri, tapi aku takkan lupakan korang. Korang geng paling sempoi, gila, sporting, kelakar yang aku kenal. Hidup geng Taman Sri Arauuuu!! :D

4. Pensyarah a.k.a supervisor FYP


Terima kasih Encik Abdul Razak bin Mohd Nordin. Beliau merangkap pensyarah dan supervisor FYP aku. Aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri almaklumlah ayah sendiri jauh. Dia lah tempat mengadu masalah report, data, VIVA.. bla bla bla.. Encik Razak memang seorang pendengar yang sangat baik. Sampai sekarang masih contact, dan dia still bagi nasihat kat aku. Thanks a lot Encik Razak!

5. Siblingsssss a.k.a geng Taman Sriwang Fasa 1


Aku andaikan korang sume ada jela dalam gambar ni eh. Aku dah anggap korang semua macam adik-beradik menggantikan abang-abang aku yang jauh di mata. Korang banyak tolong aku dari segi tenaga. Benda-benda yang aku tak mampu nak buad, korang bantu aku. Selalu risaukan aku. Yang paling best korang supportive sangat bila aku nak buad persembahan ke apa. Kenangan manissss! Aku tak nafikan la, betapa bermaknanya korang buad hidup aku ceria kat Arau tu. Thanks kawan-kawan.

6. Dia


Last but not least, kepada empunya diri (you know who you are), terima kasih tak terhingga sebab banyak bersabar melayan karenah aku yang sikit-sikit nak mengadu itu ini.. sikit-sikit nak merungut mengomel.. Selalu kena tadah telinga bila aku sakit hati, marah-marah, menangis tiba-tiba, happy tak kena tempat.. Dia memang penyabar orangnya. Walaupun kita jauh, tak jemu call semata-mata nak pastikan aku tak skip makan (thanks to bbm voicecall sebab free). Pandai jugak bagi Mr. Bambam sebagai pengganti diri yang jauh. Terima kasih sebab selalu bagi motivation, selalu bagi nasihat yang kadang-kadang aku tak terfikir ada orang akan cakap camtu. Dia sangat pandai nak cheer me up bila aku rasa sangat down. Nyaris-nyaris nak giveup sebab FYP. Thanks for the semangat you gave me sayang. ILYSMMKNA!

Akhir kata, terima kasih semua. Jasamu ku kenang :)





No comments:

Post a Comment