Jan 3, 2013

Siapa Nak Cantik Angkat Tangan!

Tak semestinya nak cantik kena berbelanja bergadai nyawa bagai kan? Macam mana orang dulu-dulu jaga kecantikan sedangkan macam-macam produk kecantikan yang sekarang kita guna tu belum wujud lagi. Olay Total Effect lah, Loreal Paghisss lah, Garnier ukur lah sendiri lah, Safi Balqis Perfect10, Nutox Fazura yang gorgeous lahh. Mana ada lagi time tu kan. So apa diorang buad?? 
Mai ceqq nak ceghita sket.
Hari tu housemate aku ajar macam mana nak buad masker guna tomato. Tomato?? Boleh ke? Bisik hatiku. MESTI LA BOLEH! Murah! Tak payah kau kumpul duit nak beli masker kat Watson Guardian. Iye dak? Tapi.. kenapa tomato? Cer ceriteee cer ceriteee..
Begini al-kisahnya..
sumber - google image

Tomato ada kebaikan antioksidan. Apa tu?? Antioksidan ni berperanan cegah penuaan pada wajah akibat serangan radikal bebas yang buad kulit muka kusam dan berkedut-kedut padahal umur baru 20. Alaa mesti pernah dengar punya, orang tua-tua cakap nak cantik makan tomato. Clishe sangat uolls! Heee.. mesti korang (perempuan sahaja) pernah ada experience kena tegur dengan panggilan "Kak", "Makcik', "Puan" dengan mana-mana cashier atau promoter kat pasaraya berdekatan, padahal korang baru habis PMR tak pun SPM. Rasa nak maki je insan berkenaan kan. Pernah kan pernah kan?? Siapa nak nampak muda remaja boleh laa makan tomato banyak-banyak. Tapi bagi orang yang tak suka tomato boleh try buad masker tomato ni sebab ianya sama sekali takde kaitan langsung dengan memasukkan tomato ni ke dalam mulut anda. 
Usah risau usah ragu, tak perlu pen dan kertas, tak perlu hafal macam hafal formula matematik tambahan. Mudah je! Begini caranya: 

1. Ambil sebiji tomato segar dan potong ikut kesesuaian. Kalau aku, aku potong 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Selebihnya boleh simpan dalam peti sejuk. Sebiji pun dah cukup untuk seminggu.
2. Cuci muka dengan air suam dan lapkan sampai kering. Ingat! Jangan jangan dan jangan kesatkan tuala pada muka kalau korang taknak kulit muka tu cepat kedut. Sesal dahulu pendapatan. Tak guna jugak kalau pakai masker ni. So cara nak keringkan muka just tekan-tekan je tuala tu pada muka. Dulu aku memang selalu tonyoh muka dengan tuala kuat-kuat tapi sekarang dah insaf. Sorry mukaku.. :(
3. Muka pun dah kering, ambil 1/4 tomato tadi dah gosok pada muka termasuk leher. Gosok dalam bentuk bulatan. Jangan tonyoh kuat-kuat pulak sampai pedih-pedih muka tu! Cuba manjakan organ anda.
4. Biarkan muka anda kering. Sesetengah orang akan rasa sedikit gatal. Jangan risau, itu perkara biasa.
5. Bila dah kering, boleh dibilas dan keringkan muka. Boleh laa apply tonner dengan moisturizer pulak lepas tu. Siap!

sumber - google image


Simple kan? Trust me. Korang akan rasa perbezaannya guna bahan organik macam tomato ni dengan produk kecantikan yang ada bahan kimia. Mudah, murah tapi berkesan! Ini cara paling ringkas, korang boleh jugak modify cara ni untuk tujuan yang lain tapi still dalam konteks kecantikan. Takde lah expert pun tapi boleh laa kalau nak cuba-cuba. Try this uolls:

Merawat Jerawat - Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan Kulit MukaTopeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Menyejukkan Kulit Yang RosakKisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Akhir kata, hiasi diri, hiasi peribadi.
Selamat mencuba teman-teman! :)



4 comments:

  1. yes it is...mmg bagus pakai tomato..kulit jadi flwless gitu.i da try..

    ReplyDelete
  2. Sy guna tomato jugak. Tp sy just ambik lendir tomato tu then sapu dekat muka. Nt dh kering rasa tegang n soft je kulit.

    ReplyDelete
  3. sebiji tomato potong 2,ambil sebahagian je,celup dalam susu supaya susu meresap dlm tomato, tak kisah la susu apa jgn susu yg x sepatutnye sudah,n then tap tap tap kan kat muka,dalam 2 minggu tengok hasilnye.

    ReplyDelete
  4. Tomato memang best! Saya pun tenyeh kat muka seminggu sekali biar jerawat cepat kecut..:)

    ReplyDelete