Jan 21, 2013

Lalala Kerja

Hello! Pejam celik pejam celik celik celik.. ehhhh! Dah tamat semester 4 aku sebagai pelajar degree kat UiTM Arau nunnn. Selesai sudah la exam aku yang dahsyat lagi memeritkan itu. Lupakan pasal exam. Apa yang aku nak bebelkan di sini adalah cuti aku!! Weeeeeeeeeeee.. Siapa laa insan di dunia ni yang tak suka perkataan itu. CUTI. Semua orang suka :D

Disebabkan aku bukanlah anak Tan Sri, Dato, mahupon anak tokey kedai emas atau syarikat gergasi, so aku pon mencari inisiatif sendiri untuk mencari duit. Cuti-cuti ni kan, mana nak cekau duit. Takkan nak tadah tangan mintak duit kat mak. Jadi, dipendekkan cerita aku pon meng-apply kerja sebagai waiter di sebuah restoran berdekatan rumah aku kat Tanjong Malim. Yaa. Waitress jewwww. Dengar macam mudah dan kacang. Hantar-hantar makanan, hantar air, ambik order. "Apekesenanggilekejekauni" Sangat takde insuran mulut manusia yang berkata seperti ini. Kau cuba kerja tengok. Mampu ke tidak kau balik rumah malam tu dengan berdiri megah lagi gagah tanpa menggeletar lutut kauuuu. Haaa.

Ni je gambar yang mampu aku kongsi, nak tangkap gambar banyak-banyak kang kena maki ngan bos. Huhuu..




Kita takkan tahu bersyukur dan menghargai apa yang kita miliki selagi kita tak miliki dengan hasil titik peluh kita sendiri. Pengalaman tu sangat mengajar aku erti payah mak ayah aku cari nafkah untuk anak-anak. Bayangkan untuk mencari RM3, seseorang tu terpaksa bekerja, layan customer yang macam-macam karenah kadang-kadang tak rasional langsung, kerja sampai berpeluh-peluh, sakit badan, sakit kepala, kena marah dengan majikan, semua tu dalam masa 1 jam sahaja! Baru boleh dapat RM3. Nak beli eskerem magenumm pon tak lepas. Ni pulak kau demand suruh mak belanja Secret Recipe. Poooodahhhhh! Sebagai anak memang nak kena terajang kalau senang hati sambil hentak-hentak kaki mintak duit nak pergi joli. Kau pergi cari pengalaman tu dulu sebelum kau terfikir untuk mintak duit kat mak bapak kau. Serius! Bila kita tahu erti kepayahan untuk sebuah kesenangan tu baru kita lebih bersyukur dengan apa yang Allah beri. Alhamdulillah. Bersukur jugak dengan kesusahan yang Dia bagi, sekurang-kurangnya kita dijauhkan dari perasaan bongkah dan angkuh. Ujian tu tanda Dia sayangkan kita. 

Dan lagi satu, jangan. jangan dan jangan laa pandang rendah pada apa saja pekerjaan tak kira apa level pekerjaan sekalipon. Takde beza pon kerja doktor, pensyarah, peguam, cikgu, akauntan, askar, tukang masak, konduktor bas, pemandu teksi, pemuzik, penulis novel, tukang cuci, pembantu rumah, ahli sukan, penjual ikan, mak andam.. asalkan niat baik nak sara keluarga, cari rezeki halal. Allah Maha Mengetahui. Siapa lah kita untuk menilai sesama manusia kan? -Sekadar renungan :) 

Akhir kata, selamat bercuti dan jaga diri!

No comments:

Post a Comment