May 27, 2013

Cara Aku : Kurus Untuk Sihat

Nak tak nak aku kena percaya yang BMI aku hampir cecah tahap OVER-WEIGHT. Dengggg! Selama ni aku langsung tak hiraukan berat aku sebab terlampau busy dengan study. Bila beban kerja semakin bertambah, kadar ke-stress-an pon naik mendadak. Jadi lebih banyak makanan yang aku sumbat ke dalam perut. Ohh kasihan perut ku. Nak bagi perut flat makan masa berbulan-bulan. Nak bagi berlipat ambik masa seminggu je! Dengggg lagii! Jadi, disebabkan mak aku asyik desak aku suruh turunkan sikit berat badan, aku pon akur. Aku nak recall balik cam mana aku boleh maintain 50-55kg je dahulu kala. At least bagi BMI aku di tahap selamat. 


See? masih tak selamat kan BMI aku sebab kalau BMI lebih dari 23 bermakna aku masih terdedah dengan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan darah tinggi. So,sila betulkan niat. Turunkan berat badan bukan untuk cantik, langsing dan seksi, tapi UNTUK SIHAT. Ya, untuk sihat ye kawan-kawan sekalian. Pedulikan orang kata buad apa nak jaga makan lagi, kau dah kurus. This is not about KURUS. Please take your heatlh as your priority. 

Jadi, sekarang aku nak share macam mana nak turunkan berat badan (cara aku). Kira ni bukan lah tips bertauliah based on expertise mana-mana, just based on my experiences. So, let's check this out! 

1. Azam itu penting. Penting sangat! Jangan hangat-hangat tinja ayam ya kawan-kawan sekalian. Lupakan niat nak turunkan berat badan kalau korang tak bersungguh-sungguh. Diulang sekali lagi, betulkan niat anda.


2. Minum air kosong. AIR KOSONG. Kalau boleh pantang terus minum air bergula lagi bagus. Tapi aku paham, susah nak elak. Tengok milo ais pon dah goyah. Okayyy okayyy. So korang tambah sikit objektif dalam niat nak slim tu. Korang boleh jimat duit dengan minum air kosong. Tak percaya cuba kira air bergula, rata-rata harga RM1.50++ x 2 (sehari makan 2 kali paling koman) x 7 hari/minggu = tak ke cecah 20 hengget?! Kalau minum air kosong dah laa boleh jimat, baik untuk perut dan badan pulak. Fikirkan!

3. Excercise. Ohh ini memang bukan seperti 'excercise' yang sedang berlegar-legar dalam kepala anda. Bagi student yang teramat sibuk seperti aku, memang tak punya masa untuk semua kejadah ni. Jadi, apa kata excercise cara lain. Ulang-alik berjalan dalam rumah. Sapu sampah, buang sampah, basuh kain, sidai kain, angkat kain, basuh pinggan, susun kasut, kalau kawan lupa nak tutup lampu dapur korang boleh tolong tutup. See? Sama macam berjalan kat luar. Dalam rumah pon boleh. Nak-nak pulak kalau daerah panas cam Arau ni. Lepas sapu sampah perghhhh! Macam baru balik dari gim. Kalau kawan korang pemalas tutup suis lampu/kipas lagi bagus. Korang tolong tutup dengan ikhlas, dapat pahala, dapat bakar lemak. Kan? :P

4. Makan kuantiti sikit. Sumpah aku tak percaya dengan cakap-cakap orang yang kalau nak kurus kena sekat makan. Betulkan teori tu. Mana boleh skip makan. Yang sebetulnya, makan lebih kerap tapi dalam KUANTITI SEDIKIT. Kurangkan. Cuba makan 1 senduk nasik sekali makan. Percaya laa, korang still akan kenyang. Yang ambik bersenduk-senduk tu nafsu sebab masa tu tengah lapar. Benda ni yang aku cuba praktikkan walaupon masa menyenduk nasik tu ibarat berperang ngan diri sendiri. Haehhh! 


5. Snack mengalas perut. Disebabkan tadi aku cakap makan lebih kerap, aku perlukan snack untuk kunyah-kunyahan. HAHA.. Apakah yang dimaksudkan? Lupakan twisties, mister potato, super ring atau makanan rapu yang lain. Kat umah aku ada almari simpan makanan ringan. Share-share dengan roommates. Boleh ganti makanan yang tak berkhasiat langsung tu dengan biskut atau roti. Pilihan aku semestinya Jacobs. Macam kawan aku cakap, makanan berkhasiat selalunya tak sedap. So, korang bagi laa makanan tu jadi sedap. Aku pilih biskut Jacobs yang paling tak tawar sekali. 


Ni yang paling aku boleh terima sebab tak tawar macam yang lain. Nak tahu macam mana aku bagi sedap? (ikut tekak aku laa) Pertama, aku cicah dengan air teh panas/milo/whatever jenis air yang bersesuaian. Kedua, aku sapukan dengan jem (Sedap! sebab housemates selalu mintak :P) Ketiga, aku patah-patahkan masuk dalam quaker oat (Paling kenyang). Korang boleh variasikan 1 jenis biskut jadi lebih sedap. At least korang boleh buang pemikiran 'makanan sihat tak sedap' tu jauh-jauh. Yes, ramai orang kata quaker oat tak sedap. Again, variasikan ia. Be creative! Untuk resepi quaker oat boleh klik, QUAKER OAT SEDAP LAHH!

6. Breakfast!! Sarapanlah anda seperti raja. Maksudnya di sini, sarapan adalah yang paling penting sebab ini permulaan hari kita. Kalau lagi beria-ia sarapan tu lagi bagus. Kau bedal laa nasik lemak RM1 3 bungkus pon tak jadi hal sebab lemak yang terkandung dalam nasik tu akan di-convert menjadi tenaga. Jadi, student yang selalu berjaga malam seperti aku sampai terbabas bangun lewat di pagi hari kadangkala tak sempat untuk breakfast. Pilih sarapan paling cepat, mudah, yang penting sedap. Aku pilih, yogurt drink. 


Tengah rushing nak pergi kelas tu boleh grab je dalam fridge, minum secawan. Dah kenyang. Senang kan? Nak tunggu sapu-sapu kaya ngan planta kat roti tu kan lambat. Haaa.. Based on experience katakan. Lagipon manusia macam aku ni tak percaya biskut sekeping dua tu mengenyangkan, lagi-lagi kelas dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari. Mau longlai aku dalam kelas. 


7. Buah-buahan. Snack tu boleh digantikan dengan buah-buahan. Pilihan aku sudah semestinya epal dan pisang. Sebab tu yang paling common. Sebab remaja selalunya kurang makan sayur. Apa kata ganti nutrisi sayur yang kurang tu, kita makan buah banyak-banyak. Buad salad buah, sedap sikit.

8. Berpuasa sunat. As you all know, salah satu hikmah berpuasa, baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Setahun kita sumbat macam-macam dalam perut kita. At least puasa bagi perut kita relaks dan stabil balik. So, perbanyakkan puasa sunat boleh bantu usaha untuk turunkan berat badan. Yang penting niat berpuasa kerana Allah! :)


9. Pantau. Kalau ada penimbang berat sendiri lagi bagus. Kalau aku, aku timbang berat kat klinik. Lebih accurate kot. Segan nak timbang guna penimbang yang masuk coin tu. Dah laa berbunyi. Maluuuu orang tengok. Pantau berat korang at least sebulan sekali atau dua kali. Jadi aku akan lebih bersemangat untuk teruskan misi lose weight aku kalau berat aku menurun. Kalau berat makin meningkat cuba muhasabah diri sendiri kalau ada salah silap yang kita buad sepanjang misi dijalankan.

Sekian saja entri untuk kali ni.
"Turunkan berat badan untuk sihat"


Selamat mencuba kawan-kawan! 

:)


6 comments:

  1. Ramai yang cakap nak kurus, tapi, tak semuanya serius. Malahan, terdapat juga sesetengahnya, lebih suka mengambil cara mudah. Beli produk nak kuruskan badan di pasaran, tetapi, senaman atau aktiviti fizikal, langsung tak nak buat. Macam mana tu?

    Saya nak berkongsi rahsia dengan anda, 8 cara mudah untuk kurus & langsing. Jangan harap anda akan berjaya, jika anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan ini.

    Nak tahu? Boleh hubungi saya .. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks dear,, nice share. bella pun tgh usaha nk kuruskan bdn =)
    salam kenal dari glamorousbybellaluna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bagus idea nak kurus ni.tapi biasa la kan, bab bersenam tu x tahan walaupun memang berkobar nak kurus :)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan sharing ni.. yang penting, kalori in mesti kurang daripada kalori out insyaAllah boleh kurus :)

    ReplyDelete