May 19, 2013

My Favourite : Acne Treatment

Jerawat. Ya, antara benda yang paling ditakuti kaum wanita di luar sana. Lagi-lagi bila tumbuh dengan pesatnya di saat-saat genting, e.g sehari sebelum nak blind date, ada presentation penting, jumpa bakal mak mentua, nak audition iklan produk kecantikan maybe? 

Entri kali ni aku nak share satu produk yang maybe orang tak tahu sebab memang takkan jumpa dalam iklan TV apatah lagi akhbar. Meh aku nak cerita dulu. Dahulu kala, zaman-zaman sekolah muka aku teruk jugak jerawat merata, sampai kadang-kadang segan nak berdepan dengan orang. Akibat hormon yang belum nak stabil. Sekarang pon tak cantik mana apatah lagi nak kata muka aku flawless, memang verangan sangat. Tapi aku masih bersyukur. Finally aku jumpa ubat yang Alhamdulillah berkesan buad masa ni. Takde kesan sampingan pon. Satu hari ni, muka aku memang super merah-merah sana sini sebab aku berjemur kat ladang (masa diploma). Aku demam dan pergi Unit Kesihatan kat UiTM Arau nuhh. Pakcik yang jadi pegawai perubatan kat situ sambil cek kesihatan aku, dia tilik-tilik muka aku sampai aku naik segan. Then tiba-tiba dia tanya aku, 'nak tak pakcik suggest 1 ubat untuk jerawat ni?' Free tak? Free lah, ambik kat UK ni je. Gila taknakkk! Benda free siapa taknak kan! :D Masa tu 2009. Sampai sekarang 2013 aku setia dengan ubat ni. 

Tadaaa! Ini lah yang dimaksudkan, Benzac AC 5


Macam mana jerawat terjadi?
Perubahan hormon dalam badan boleh menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran sebum, minyak yang dihasilkan oleh kulit untuk memastikan ia sihat. Apabila minyak yang berlebihan tu bercampur dengan sel-sel kulit mati di dalam folikel rambut, pori akan tersumbat dan membolehkan bakteria berkembang menyebabkan pembentukan jerawat.


Bagaimana Benzac bertindak?
Adalah penting untuk membuka liang dan mengurangkan jumlah bakteria yang menyebabkan jerawat. Bakteria ini dikenali sebagai P.acnes. Benzac AC ® membantu untuk membersihkan jerawat tak sama macam benzoyl peroksida lain. Ia adalah satu-satunya rawatan jerawat yang mengandungi akrilat Kopolimer teknologi (AC). Akrilat Kopolimer aktif menyerap minyak berlebihan daripada permukaan kulit. Ia bukan saja akan mengurangkan masalah kulit berminyak malah bebas dari kesan kekeringan pada kulit.


Dipendekkan cerita, Benzac AC® bertindak pantas hanya dalam masa 48 jam,
berkesan mengurangkan pori tersumbat, bintik putih dan bintik hitam,
menyerap minyak yang berlebihan dan lembut pada kulit.

So, kalau jerawat naik sebelum nak pergi dating cepat-cepat sapu Benzac. InsyaAllah jerawat akan kecut dalam masa sehari atau 2 hari. Tak mungkin aku akan kongsikan kat korang kalau aku tak yakin dengan ubat ni, dan cukup kuat untuk aku prove-kan ubat ni berkesan kalau tak aku takkan setia sampai 3 tahun. Sayangnya gambar-gambar aku time diploma dulu dah hilang sebab laptop rosak. Kalau jumpa balik, aku akan reveal laa untuk tunjuk before and after apply Benzac ni. Boleh dapatkan produk ni kat Watson, Guardian atau mana-mana farmasi berdekatan. Murah je. Kalau yang macam aku punya tu RM10 (beli kat farmasi). Bukan senang nak dapat benda yang murah dan berkesan kan. FYI kat Unit Kesihatan UiTM Arau dah takde lagi ubat ni. Tak payah pergi tanya kat kaunter pulak. Heee.. :P

Untuk maklumat lanjut boleh klik sini, Benzac AC.

Selamat mencuba kawan-kawan! 

4 comments:

  1. As-salam..
    Nak tanye, sapu 1 muka or sapu kat area yg problem je?

    ReplyDelete
  2. Good review! Benzac AC Gel is gentle and doesn’t sting when applied on the face. I use this twice on a daily basis as this is my primary face cleanser. However, unlike any other regular facial cleansers, this one doesn’t lather. See review at:
    http://kidbuxblog.com/hard-on-acne-soft-on-skin/

    ReplyDelete
  3. Cara sapu cm mna?
    Bekas jerwt merah boleh ilng ke?

    ReplyDelete
  4. Cara sapu cm mna?
    Bekas jerwt merah boleh ilng ke?

    ReplyDelete