May 10, 2013

Puan Non Hayati Yang Kusayangi

Sempena Hari Emak yang bakal tiba minggu depan, entri ni aku tribute-kan untuk Puan Non Hayati binti Salihan, wanita yang melahirkan aku kat dunia ni. Pada aku laa, Hari Ibu boleh sambut bila-bila je tak kesah laa bulan apa pon. Hari-hari kita ingat mak kita kan, lagi-lagi kalau duduk jauh dengan mak, teringat pulak mak masak sambal udang petai, asam pedas ikan patin, mak masak sardin pon dah terliur buad kita rasa nak balik kampung. 


Mak aku, dia seorang yang lemah lembut walaupon kadang-kadang bila tengok Karoot Komedia X, ada pulak si Johan dengan abang Jep Sepahtu aku, hilang terus lemah lembut mak aku. Dengar mak aku gelak pon boleh buad 1 rumah seram. HAHA.. Mak kuat merajuk, hati mak sensitif, kadang-kadang aku tak sedar benda kecik boleh buad mak terasa hati. Kadang-kadang aku terasa perangai kuat merajuk tu laa yang dah diturunkan kat aku. Bayangkan, mak beli yogurt drink Nestle Bliss tu (memang favorite mak) mak simpan dalam fridge, kitorang adik-beradik bantai minum air tu sampai habis pastu biar je botol kosong kat dalam fridge. Betapa pilu dan remuknya hati mak bila angkat botol ringan tu. Dah macam cerita batu belah batu bertangkup. Terus mak tak bercakap sehari. Comelnya mak aku merajuk sebab yogurt drink. Tu belom lagi kes merajuk dengan ayah. Hehe.. 


Mak seorang yang selalu risau pasal anak-anak dia. Risau anak dia tak solat, risau anak dia tak belajar asyik pergi karaoke, risau anak dia boros shopping bundle. Mak selalu msg sampai 2 3 pages. Mak dah pandai msg shortform2. Kalau tak shortform mungkin lebih pages agaknya. Mak adalah tukang masak yang paling marvelous! Kalau nak kata sedap, yaa semua orang akan cakap mak diorang lah yang masak paling sedap dalam dunia. Tapi bukan itu yang aku nak stress kan kat sini. Mak aku selalu berusaha untuk masak yang terbaik pada tetamu. Tak kesah laa family ataupon kawan-kawan. Sanggup pergi shopping periuk belanga semata-mata ada guest nak datang. Dia tak kesah anak-anak dia tak cukup makan asalkan tetamu gembira dapat makan masakan dia. Kalau kawan-kawan anak dia nak datang rumah, tinggal sebut je makanan apa kami nak suruh dia masak, dia akan pergi cari bahan. You're the best mak! Terima kasih sebab selalu mak buad kawan-kawan akak happy dan kenyang.


Walaupon kadang-kadang aku berbeza pendapat dengan mak, rasa macam mak tak memahami aku, tapi aku percaya semua mak kat dunia ni nak yang terbaik untuk anak diorang. Walaupon mak selalu perli aku lagi rapat dengan ayah, tapi jauh disudut hati aku, sayang aku kat mak takde penghujung. Ni kalau mak baca confirm terharu pastu kena ketuk sebab mention pasal Nestle Bliss tu. :P


Walaupon time raya tak pernah cakap macam ni, 
Mak.. this is for you. I love you! 


We love you. 


No comments:

Post a Comment