Asssalamualaikum. Rasa macam dah lama tak menaip kat sini. So, here I am! Agak busy dengan kelas, tests, assignments dan final year project. Nama je banyak kerja, padahal selalu alpa berjimba sini sana. Ohh yaa, hari Sabtu ni 11 Mei bersamaan 1 Rejab 1434H. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Pada kaum Hawa yang banyak tertinggal puasa cepat-cepatlah qada puasa. Tapi sangat clishe lagi 2 minggu nak masuk Ramadhan baru laa kelam kabut nak ganti puasa. Termasuk aku, kadang-kadang. Hehe!
Alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk bernafas di Bumi Allah pada tahun ni. Kadang-kadang aku leka dengan dunia, jarang puasa sunat Isnin Khamis, terlupa nak buad amalan sunat yang lain. Bulan Rejab adalah bulan kita memohon keampunan dari Allah, dan disunatkan untuk berpuasa dan perbanyakkan bersedekah. Alhamdulillah juga aku masih diberi peluang untuk hidup dan beramal pada bulan yang mulia ni. Jom kita sama-sama perbanyakkan amalan sunat sebab pahalanya berlipat ganda.
Pada siapa-siapa yang tak larat berpuasa sunat, korang boleh bersedekah. Tak kesah laa, pergi pasar malam, nampak makcik pakcik pegang kotak berisi duit, ada yang main alat musik, ada yang kurang upaya, ada yang riba anak kecik, korang hulurlah sedekah asalkan niat ikhlas kerana Allah. Selalu kita akan terfikir betul ke orang tu orang susah, kenapa dia mengemis, kenapa tak pergi cari kerja, kan nampak sehat je?? Mak aku selalu pesan, kita ikhlas nak bersedekah, kalau dia tipu itu urusan dia dengan Allah.
Sedekah pada bulan Rejab umpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Selamat menyambut bulan Rejab! :)
No comments:
Post a Comment