Assalamualaikum..
Nampaknya masa sangat mencemburui diriku. Cuti semester tinggal lagi dua minggu!! Kerja kerja dan kerja sampai tak sedar dah nak bukak semester baru. Hewhew! Selalunya benda yang aku paling suka dan selalu buad bila nak bukak sem adalah TO-DO-LIST. Apakah itu? To-do-list yang aku buad ada macam-macam jenis. Mari usha gambar berikut sebelum aku gebang dengan lebih lanjut.
Ini contoh list yang aku buad dalam handphone aku. Boleh jugak tulis dalam notepad kecik-kecik (boleh simpan dalam purse atau lekat kat meja study). Apa kebaikan yang aku dapat dari buad benda yang nampak macam takde function ni:
1. List ni memudahkan aku dalam meng-visualize-kan apa yang perlu aku buad, apa yang aku perlu beli, apa homework yang kena submit, dan yang paling penting list-kan jugak kalau ada berhutang dengan orang. Almaklumlah kadang-kadang kita tak tahu berapa ekor semut yang kita dah termakan. List ni sebagai reminder dan mengelakkan kita dari alpa dan lupa.
2. Benda ni mudah dan ringkas. Hanya catat, usaha dan capai apa yang kita list tu. At least, kita tak verangan semata-mata. Sebagai contoh, bulan ni aku berhajat nak beli sepasang kasut bertutup supaya tidak disaman oleh pakguard UiTM lagi. So, aku akan alert dengan list aku dan kalau aku nampak ada kasut shantek berkenan di hati, aku takkan ragu-ragu untuk beli sebab aku tahu itu keperluan aku, bukan kemahuan. Anda mengerti?
3. Membantu aku untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan. Keperluan adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Melainkan korang boleh hidup tanpa benda-benda ni, so itu tak dikira keperluan korang. Selain tu, kamera DSLR, iphone 5, jeans Guess, cardigan ZARA, kasut Clarks, etc hanyalah kemahuan semata-matanya. Jangan terpadaya, buruk padahnya. Selalunya aku akan dahulukan keperluan dulu, bila ada duit lebih baru aku akan verangan nak capai kemahuan aku. Tak salah nak bergaya dengan jenama-jenama mahal, tapi ingat! Ukur baju di badan sendiri, tengok orang lain pakai jam tangan Hublot, kau pon nekad sanggup ikat perut makan megi hari-hari semata-mata nak tiru orang tu yang anak Tan Sri. Jangan jadi manusia yang 'biar papa asal bergaya'.
4. Bajet 2013 itu pula aku gunakan sebagai rujukan aku untuk berbelanja. Sebagai contoh, kat Arau tu ada banyak sumber untuk aku shopping barangan rumah. Setelah 3 tahun diploma + 1 tahun setengah degree aku kat Arau, so aku dah survey harga barang kat pasaraya mana yang lebih murah. Senang cerita, simpan resit barang tu dan aku buad comparison. So then aku takde la nak menyesal tiba-tiba jumpa sabun basuh Breeze harga berganda lebih murah kat pasaraya B lepas aku shopping kat pasaraya A. Bajet ni aku buad untuk cut cost perbelanjaan aku untuk sem 5 ni. Harap-harap begitulah.
Actually semua ni common sense kita je. Tak semestinya buad list untuk berbelanja. Boleh jugak buad list apa kebaikan yang kita nak buad bulan ni. Tu sebagai contoh laa. Bergantung pada orang tu sendiri. Aku cuma berkongsi apa yang berguna untuk aku, dan maybe akan berguna jugak untuk orang lain. Otak kita ni bukan komputer, boleh save semua maklumat kan. Pada siapa-siapa yang belum pernah buad to-do-list ni, apa kata korang cuba sebab korang akan rasa puas tidak terhingga bila korang berjaya capai apa yang korang nak dalam hidup. Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment