Hye! Berita gumbira! Berita gumbira! Wahai rakyat jelata Tanjong Malim dan sewaktu dengannya, jikalau anda kepingin, teringin, mengidam bla bla bla pavlova yang enak dan lazat usahlah gusar dan gentar (takde kaitan), anda boleh dapatkan dengan segera. Alkisahnya bermula pada suatu pagi, aku dikezutkan dengan panggilan hangit dari Shakira Vavavoom mengatakan beliau sudah pon berada di perkarangan rumahku. Dengan hanya meng-gonyoh-gonyoh mataku yang kuyu dan layu dan basuh muka ala-ala P.Ramlee, aku pon bergegas keluar. Tatadaaaa!!! Mini Pavlova Delivery udah sampeiiiiiyyy! Patutnya aku kena rakam detik-detik manis dan indah tadi. Touchable gila kot. Jadi inilah hasilnya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kaunter pertanyaan Shakira Vavavoom atau boleh order di Blog Ketul Poket.
Yang baik kita sebar-sebarkan, tak gittew?
Entri kali ni aku sudahi dengan pantun 2 kerat;
Gendang gedut perutku ini,
Kenyang perut confirm senang hati!
(^o^)
(^o^)
No comments:
Post a Comment