Mar 17, 2013

Bunga Pertama

Hye! Cuti semester telah berlalu. So here I am. Again, in Perlis. I mean Arau. Macam tak percaya dah semester 5. Dah kena peningkan kepala untuk FYP. Ouh semestinya bukan itu yang hendak ku perkatakan sekarang. Just wanna share, how happy I am to get my first flower in my life. Maksud aku bunga hidup, walaupon setangkai or sekuntum whatever.. Yellow rose! Hewheww! Orang kata ros kuning simbolik untuk persahabatan. Aku sendiri tak pasti. Rasa macam jakunnn sangatttt sebab festaimmm dapat bunga. Kesiannn.. tapi kannnn.. aku dapat objek percuma juga! Buy 1 free 1. Sangat tidak boleh dilupakan insiden sistem barter itu.
Anyway, terima kasih kepada insan berkenaan.
Saya sangat menghargaiiiii.. :)


Mari ber-posing bersama pemilik baru. Hoho!



Sila abaikan ketidak-flawless-an muka yang baru bangun tido itu. Ehh, BTW bukan ni je yang aku nak share. There's one more thing imma show you. 
This!


Tadi gambar jauh so tak perasan bunga ni layu sebenarnya. Aku zoom in untuk korang. Kesiannn.. tuan lama dia pergi sorok dia dalam plastik. Tak patut tak patut! Tak cukup oksigen dia, apatah lagi air. So bunga ni perlu diselamatkan. Walaupon aku belajar kos pertanian, dan aku tak excellent mana pon, at least aku ada tips untuk bagi bunga ni dapat survive for at least 1 week. Ingat bunga ni setangkai takde akar dia takleh kembang ke? Sila jangan pandang bunga sebelah mata okayyy!

Tips ni first time aku praktikkan masa aku ada lawatan ke Ladang Orkid kat Kuala Lumpur. Banyak sangat orkid yang seriously super pretty! Aku pon beli beberapa tangkai. So pemilik ladang tu ajar supaya letak kapas yang dah celup dalam air kat hujung tangkai tu. Kemudian ikat dengan getah. Lastly, balut dengan plastik. So then, my colorful orchid will absorb water from the wet cotton. Simple. Padahal common sense kot. Bila Dr. tu ajar, I was like 'Owwww.. owww..' *sambil angguk-angguk* HAHA.. 


See my orchids. Sanggup aku tala aircond kat bunga aku sambil mulut aku potpet-potpet cakap 'Jangan laa layu.. jangan laa layu..' So on the way back from KL to Arau, bunga aku still fresh dan tak layu langsung.

Sama jugak macam ros kuning tadi. Malam tu aku tak sanggup lihat kesengsaraan dia, macam manusia tak makan 3 hari. Aku masih punya ihsan. Jadi aku rendam je dia dalam gelas berisi air paip. Haha.. Takut nak turun ke ruang tamu tengah-tengah malam punya pasal. Takde vase pon takpe lah. Gelas pon orite. Keesokan harinya..


Tadaaaaaa! See.. Boleh kembang jugak tauu! Saya sukaaaaa!! Dah laa warna fevret. Hari tu pulak hari aku kena balik Arau. So aku guna laa tips tadi. Disebabkan takde kapas yang macam kat dalam first aid tu, aku pon bedal la facial cotton tambah dengan tisu. Okay what! Disebabkan takde plastik yang kecik nak balut facial cotton tu, aku pon guna inisiatif lain. Aku guna plastik cotton bud. Mudah! So kalau korang nak selamatkan bunga korang dari kelayuan and at the same time korang nak bawak bunga tu ke mana-mana destinasi dalam kadar segera, tanpa merosakkan fizikal bunga tersebut, boleh guna tips ni. Dijamin selamat!

Selamat mencuba dan terima kasih.
^_^ 






No comments:

Post a Comment